Thursday, December 8, 2011

LATIHAN KATA PEMERI

Tulis kata pemeri yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah.

1. Encik Amir _________ Guru Besar di Sekolah Kebangsaan
    Raban.

2. Gajah __________ haiwan darat yang terbesar di dunia.

3. Masjid __________ tempat beribadat bagi orang yang
    beragama Islam.

4. Rahman _________ pekerja baharu di Syarikat Intipadu.

5. Tujuan pertandingan itu diadakan __________ untuk
    mencungkil bakat murid-murid.

6. Piano itu _________ untuk kakak sempena hari ulang tahunnya
    yang kesepuluh.

7. Nasi _________ makanan asasi bagi penduduk Malaysia.

8. Makanan yang dimasaknya itu _________ untuk pasukan
    pasukan  nasyid Taman Indah.

9. Puan Salina __________ seorang  guru yang sangat dedikasi.

10. Tarikh tutup permohonan itu __________ pada hari Rabu.

Tuesday, December 6, 2011

Kata Pemeri

Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu  ialah  dan  adalah. 


1. Kata Pemeri " ialah"
  • menunjukkan  persamaan
  • hadir di hadapan kata nama
       Ayat contoh :
  •   Kereta yang berada di tepi padang itu ialah kereta Proton Wira.
  •  Agama rasmi negara kita ialah agama Islam.
  •  Bapanya ialah seorang doktor gigi.

2.  Kata Pemeri  " adalah "
  •  menunjukkan huraian atau keterangan
  •   hadir di hadapan frasa nama dan frasa sendi
       Ayat contoh :
  •  Kasut yang dipakainya itu adalah daripada kulit.
  •  Makanan yang ditempahnya itu adalah untuk anak-anak
           yatim.
  • Burung di dalam sangkar itu adalah daripada spesis 
          yang sama seperti yang terdapat di dalam buku ini.