Thursday, November 10, 2011

KESALAHAN TATABAHASA 2

Contoh 1:
Encik Hakimi menghadiahi seutas rantai emas kepada anaknya. (salah)
Encik Hakimi menghadiahkan seutas rantai emas kepada anaknya. (betul)
(Imbuhan apitan "meng ....  kan" cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk kepada benda atau binatang).

Contoh 2:
Adik terlalu sayangkan anak patung pemberian ibu. (salah)
Adik terlalu sayang akan anak patung pemberian ibu. (betul)
(Kata yang ada unsur emosi/perasaan tidak boleh disisipkan imbuhan akhiran "-kan",sepatutnya akan)

Contoh 3:
Meor Muhaimin menunggu kawannya di perpustakaan selama satu setengah jam.  (salah)
Meor Muhaimin menunggu kawannya di perpustakaan selama satu jam setengah. (betul)
Satu setengah jam merujuk kepada bilangan jam, satu jam setengah merujuk kepada waktu, 1 jam 30 minit.

Contoh 4:
Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat guru kali ini. (salah)
Perkara-perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat guru kali ini.  (betul)
(Lain-lain membawa maksud banyak yang lain, perkara-perkara pula membawa maksud banyak perkara )

No comments:

Post a Comment