Friday, November 25, 2011

LATIHAN 2 ( KATA ADJEKTIF )

1.  Puan Siti mula memberi makanan _________ kepada anaknya
     apabila  umurnya anaknya mencecah lapan bulan.
     A.  tumpat               C. pejal
     B.  padat                 D. mampat

2.  Sejumlah wang tunai dan barang kemas _________  dalam
     kejadian rompakan  di kondominium itu.
     A.  ghaib                 C. lupus
     B.  lesap                  D lenyap

3.  Peninju itu jatuh tersungkur apabila menerima tumbukan yang
     ___________ daripada lawannya.
    A.  padu                  C. mampat
    B. pukal                    D. jitu

4.  Perempuan yang _________ mengandung itu dijangka akan
     melahirkan anaknya pada minggu ini.
     A.  sarat                 C. penuh
     B.  padat                D. padu

5.  Murid yang tidak _________ dalam kegiatan kokurikulum
     sukar mendapat tempat di sekolah berasrama penuh walaupun
     mendapat 5A dalam UPSR.
     A.  lincah               C. tangkas
     B.  cekal                D. aktif

6.  Sikap Diana yang _________ menyebabkan banyak orang suka
     berkawan  dengannya.
     A.  peramah          C. pengasih
     B.  pemalu             D. penyayang

7.  Pergerakan pemain bola sepak yang memakai jersi nombor 15
     itu, sungguh ________ dan sukar dikawal.
     A.  cergas              C.tangkas
     B.  lincah                D. aktif

8.  Suzana suka berbelanja di pasar tani kerana ikan dan sayur-sayuran
     yang dijual sungguh _________.
     A.  cantik              C. segar
     B.  baru                 D. tulen

9.   Pameran kereta _________  itu telah mendapat sambutan daripada
      beberapa orang kenamaan.
      A.  kuno              C. antik
      B.  usang             D. lapuk

10.  Syarikat itu  telah mengambil langkah ________ untuk mengelak
       daripada terus mengalami kerugian.
       A. bijak             C. teguh
       B  pintas            D. cerdik

      

No comments:

Post a Comment