1. Wajah Amran dan _________abang saya apabila dilihat dari sisi.
A. dekat C. mirip
B. hampir D. imbas
2. Banyak harta benda yang ________ dalam kebakaran itu.
A. musnah C. rentung
B. rosak D. hancur
3. Warna van Puan Salina agak ________ kerana sering berpanas dan
berhujan.
A. pucat C. malap
B. pudar D. suram
4. Rumah Mak Embun yang beratap nipah itu sering _________
apabila hujan lebat.
A. bobos C. bocor
B. buka D. tembus
5. Hatinya _________ kerana selalu diejek oleh budak-budak
nakal itu.
A. hangat C. sedih
B. gundah D. risau
6. Pada musim sejuk, air sungai di kawasan itu menjadi _________
A. keras C. batu
B. beku D. tegang
7. Dialah murid yang paling _________ tiba di kelas hari ini.
A. segera C. baru
B. kini D. awal
8. Tandas awam itu berbau _________ kerana sudah beberapa hari
tidak dibersihkan.
A. hancing C. tengik
B. hapak D. hanyir
9. Raju berasa __________ kerana terlalu banyak makan makanan
yang dicampur lada hitam.
A. pedas C. pijar
B. panas D. terik
10. Kaki nenek menjadi _________ apabila cuaca terlalu sejuk.
A. beku C. kejang
B. cekang D. keras
No comments:
Post a Comment