Sunday, November 6, 2011

KESALAHAN TATABAHASA 1

1. Penduduk Taman Jaya saling bantu-membantu menguruskan majlis 
    kesyukuran itu. ( salah )
    Penduduk Taman Jaya saling membantu menguruskan majlis
    kesyukuran itu. (betul)
    Perkataan saling boleh digunakan tetapi tidak boleh dipadankan dengan kata ganda maksud saling.

2. Puan Nora membuat sebiji kek berperisa oren untuk majlis hari
    lahir anaknya. ( salah )
    Puan Nora membuat sebiji kek berperasa oren untuk majlis hari
    lahir anaknya.  ( betul )
    Perkataan perisa membawa maksud enak/sedap ,perasa pula membawa maksud rasa seakan-akan.

3. Abang membeli goreng pisang di gerai Mak Timah yang terletak di hujung
    kampung. (salah)
    Abang membeli pisang goreng di gerai Mak Timah yang terletak di hujung
    kampung. ( betul )
    Hukum D-M yang betul, pisang goreng sebab yang diterang ialah pisang dan yang menerang 
    ialah goreng

4. Kedua-dua pengantin itu sama padan bagai pinang dibelah dua. ( salah )
    Kedua-dua orang pengantin itu sama padan bagai pinang dibelah
    dua. ( betul )
    Kata bilangan ' kedua-dua ' di dalam ayat mesti diiringi dengan penjodoh bilangan yang sesuai 
    iaitu ' orang' 

5. Ibu Balqis adalah seorang doktor yang bertugas di Hospital Tuanku
    Bainun.( salah)
    Ibu Balqis ialah seorang doktor yang bertugas di Hospital Tuanku 
    Bainun. ( betul ) 
    'ialah' - Kata pemeri yang menghubungkan benda ( subjek) dengan cerita (predikat) dalam ayat.

No comments:

Post a Comment