Tulis kata pemeri yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah.
1. Encik Amir _________ Guru Besar di Sekolah Kebangsaan
Raban.
2. Gajah __________ haiwan darat yang terbesar di dunia.
3. Masjid __________ tempat beribadat bagi orang yang
beragama Islam.
4. Rahman _________ pekerja baharu di Syarikat Intipadu.
5. Tujuan pertandingan itu diadakan __________ untuk
mencungkil bakat murid-murid.
6. Piano itu _________ untuk kakak sempena hari ulang tahunnya
yang kesepuluh.
7. Nasi _________ makanan asasi bagi penduduk Malaysia.
8. Makanan yang dimasaknya itu _________ untuk pasukan
pasukan nasyid Taman Indah.
9. Puan Salina __________ seorang guru yang sangat dedikasi.
10. Tarikh tutup permohonan itu __________ pada hari Rabu.
Thursday, December 8, 2011
Tuesday, December 6, 2011
Kata Pemeri
Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
1. Kata Pemeri " ialah"
2. Kata Pemeri " adalah "
1. Kata Pemeri " ialah"
- menunjukkan persamaan
- hadir di hadapan kata nama
- Kereta yang berada di tepi padang itu ialah kereta Proton Wira.
- Agama rasmi negara kita ialah agama Islam.
- Bapanya ialah seorang doktor gigi.
2. Kata Pemeri " adalah "
- menunjukkan huraian atau keterangan
- hadir di hadapan frasa nama dan frasa sendi
- Kasut yang dipakainya itu adalah daripada kulit.
- Makanan yang ditempahnya itu adalah untuk anak-anak
- Burung di dalam sangkar itu adalah daripada spesis
Friday, November 25, 2011
LATIHAN 2 ( KATA ADJEKTIF )
1. Puan Siti mula memberi makanan _________ kepada anaknya
apabila umurnya anaknya mencecah lapan bulan.
A. tumpat C. pejal
B. padat D. mampat
2. Sejumlah wang tunai dan barang kemas _________ dalam
kejadian rompakan di kondominium itu.
A. ghaib C. lupus
B. lesap D lenyap
3. Peninju itu jatuh tersungkur apabila menerima tumbukan yang
___________ daripada lawannya.
A. padu C. mampat
B. pukal D. jitu
4. Perempuan yang _________ mengandung itu dijangka akan
melahirkan anaknya pada minggu ini.
A. sarat C. penuh
B. padat D. padu
5. Murid yang tidak _________ dalam kegiatan kokurikulum
sukar mendapat tempat di sekolah berasrama penuh walaupun
mendapat 5A dalam UPSR.
A. lincah C. tangkas
B. cekal D. aktif
6. Sikap Diana yang _________ menyebabkan banyak orang suka
berkawan dengannya.
A. peramah C. pengasih
B. pemalu D. penyayang
7. Pergerakan pemain bola sepak yang memakai jersi nombor 15
itu, sungguh ________ dan sukar dikawal.
A. cergas C.tangkas
B. lincah D. aktif
8. Suzana suka berbelanja di pasar tani kerana ikan dan sayur-sayuran
yang dijual sungguh _________.
A. cantik C. segar
B. baru D. tulen
9. Pameran kereta _________ itu telah mendapat sambutan daripada
beberapa orang kenamaan.
A. kuno C. antik
B. usang D. lapuk
10. Syarikat itu telah mengambil langkah ________ untuk mengelak
daripada terus mengalami kerugian.
A. bijak C. teguh
B pintas D. cerdik
apabila umurnya anaknya mencecah lapan bulan.
A. tumpat C. pejal
B. padat D. mampat
2. Sejumlah wang tunai dan barang kemas _________ dalam
kejadian rompakan di kondominium itu.
A. ghaib C. lupus
B. lesap D lenyap
3. Peninju itu jatuh tersungkur apabila menerima tumbukan yang
___________ daripada lawannya.
A. padu C. mampat
B. pukal D. jitu
4. Perempuan yang _________ mengandung itu dijangka akan
melahirkan anaknya pada minggu ini.
A. sarat C. penuh
B. padat D. padu
5. Murid yang tidak _________ dalam kegiatan kokurikulum
sukar mendapat tempat di sekolah berasrama penuh walaupun
mendapat 5A dalam UPSR.
A. lincah C. tangkas
B. cekal D. aktif
6. Sikap Diana yang _________ menyebabkan banyak orang suka
berkawan dengannya.
A. peramah C. pengasih
B. pemalu D. penyayang
7. Pergerakan pemain bola sepak yang memakai jersi nombor 15
itu, sungguh ________ dan sukar dikawal.
A. cergas C.tangkas
B. lincah D. aktif
8. Suzana suka berbelanja di pasar tani kerana ikan dan sayur-sayuran
yang dijual sungguh _________.
A. cantik C. segar
B. baru D. tulen
9. Pameran kereta _________ itu telah mendapat sambutan daripada
beberapa orang kenamaan.
A. kuno C. antik
B. usang D. lapuk
10. Syarikat itu telah mengambil langkah ________ untuk mengelak
daripada terus mengalami kerugian.
A. bijak C. teguh
B pintas D. cerdik
Tuesday, November 15, 2011
LATIHAN 1 ( KATA ADJEKTIF )
1. Wajah Amran dan _________abang saya apabila dilihat dari sisi.
A. dekat C. mirip
B. hampir D. imbas
2. Banyak harta benda yang ________ dalam kebakaran itu.
A. musnah C. rentung
B. rosak D. hancur
3. Warna van Puan Salina agak ________ kerana sering berpanas dan
berhujan.
A. pucat C. malap
B. pudar D. suram
4. Rumah Mak Embun yang beratap nipah itu sering _________
apabila hujan lebat.
A. bobos C. bocor
B. buka D. tembus
5. Hatinya _________ kerana selalu diejek oleh budak-budak
nakal itu.
A. hangat C. sedih
B. gundah D. risau
6. Pada musim sejuk, air sungai di kawasan itu menjadi _________
A. keras C. batu
B. beku D. tegang
7. Dialah murid yang paling _________ tiba di kelas hari ini.
A. segera C. baru
B. kini D. awal
8. Tandas awam itu berbau _________ kerana sudah beberapa hari
tidak dibersihkan.
A. hancing C. tengik
B. hapak D. hanyir
9. Raju berasa __________ kerana terlalu banyak makan makanan
yang dicampur lada hitam.
A. pedas C. pijar
B. panas D. terik
10. Kaki nenek menjadi _________ apabila cuaca terlalu sejuk.
A. beku C. kejang
B. cekang D. keras
A. dekat C. mirip
B. hampir D. imbas
2. Banyak harta benda yang ________ dalam kebakaran itu.
A. musnah C. rentung
B. rosak D. hancur
3. Warna van Puan Salina agak ________ kerana sering berpanas dan
berhujan.
A. pucat C. malap
B. pudar D. suram
4. Rumah Mak Embun yang beratap nipah itu sering _________
apabila hujan lebat.
A. bobos C. bocor
B. buka D. tembus
5. Hatinya _________ kerana selalu diejek oleh budak-budak
nakal itu.
A. hangat C. sedih
B. gundah D. risau
6. Pada musim sejuk, air sungai di kawasan itu menjadi _________
A. keras C. batu
B. beku D. tegang
7. Dialah murid yang paling _________ tiba di kelas hari ini.
A. segera C. baru
B. kini D. awal
8. Tandas awam itu berbau _________ kerana sudah beberapa hari
tidak dibersihkan.
A. hancing C. tengik
B. hapak D. hanyir
9. Raju berasa __________ kerana terlalu banyak makan makanan
yang dicampur lada hitam.
A. pedas C. pijar
B. panas D. terik
10. Kaki nenek menjadi _________ apabila cuaca terlalu sejuk.
A. beku C. kejang
B. cekang D. keras
Saturday, November 12, 2011
Kata Adjektif
1. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.
2. Kata adjektif digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu benda, orang, tempat dan
sebagainya.
sebagainya.
3. Kata adjektif boleh ditambah dengan kata penguat seperti ter-, se-, amat, paling, sangat,
sekali, sungguh, dan terlalu.
sekali, sungguh, dan terlalu.
Contoh : Negeri yang terkecil di Malaysia ialah negeri Perlis.
4. Kata adjektif juga disertai dengan kata bantu seperti masih, belum, dapat dan sebagainya.
Contoh : Mesin basuh di rumahnya masih elok walaupun sudah 14 tahun digunakan.
.
5. Kata penguat dan kata bantu juga boleh hadir secara serentak.
Contoh : Suara penyanyi itu sungguh merdu sekali.
6. Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan jenis berdasarkan kriteria makna yang
didukung oleh sesuatu kata adjektif.
didukung oleh sesuatu kata adjektif.
6.1 bentuk
6.2 cara
6.3 perasaan
6.4 sifat keadaan
6.5 ukuran
6.6 warna
6.7 waktu
6.8 jarak
6.9 pancaindera
Thursday, November 10, 2011
KESALAHAN TATABAHASA 2
Contoh 1:
Encik Hakimi menghadiahi seutas rantai emas kepada anaknya. (salah)
Encik Hakimi menghadiahkan seutas rantai emas kepada anaknya. (betul)
(Imbuhan apitan "meng .... kan" cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk kepada benda atau binatang).
Contoh 2:
Adik terlalu sayangkan anak patung pemberian ibu. (salah)
Adik terlalu sayang akan anak patung pemberian ibu. (betul)
(Kata yang ada unsur emosi/perasaan tidak boleh disisipkan imbuhan akhiran "-kan",sepatutnya akan)
Contoh 3:
Meor Muhaimin menunggu kawannya di perpustakaan selama satu setengah jam. (salah)
Meor Muhaimin menunggu kawannya di perpustakaan selama satu jam setengah. (betul)
Satu setengah jam merujuk kepada bilangan jam, satu jam setengah merujuk kepada waktu, 1 jam 30 minit.
Contoh 4:
Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat guru kali ini. (salah)
Perkara-perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat guru kali ini. (betul)
(Lain-lain membawa maksud banyak yang lain, perkara-perkara pula membawa maksud banyak perkara )
Sunday, November 6, 2011
KESALAHAN TATABAHASA 1
1. Penduduk Taman Jaya saling bantu-membantu menguruskan majlis
kesyukuran itu. ( salah )
Penduduk Taman Jaya saling membantu menguruskan majlis
kesyukuran itu. (betul)
Perkataan saling boleh digunakan tetapi tidak boleh dipadankan dengan kata ganda maksud saling.
kesyukuran itu. ( salah )
Penduduk Taman Jaya saling membantu menguruskan majlis
kesyukuran itu. (betul)
Perkataan saling boleh digunakan tetapi tidak boleh dipadankan dengan kata ganda maksud saling.
2. Puan Nora membuat sebiji kek berperisa oren untuk majlis hari
lahir anaknya. ( salah )
Puan Nora membuat sebiji kek berperasa oren untuk majlis hari
lahir anaknya. ( betul )
Perkataan perisa membawa maksud enak/sedap ,perasa pula membawa maksud rasa seakan-akan.3. Abang membeli goreng pisang di gerai Mak Timah yang terletak di hujung
kampung. (salah)
Abang membeli pisang goreng di gerai Mak Timah yang terletak di hujung
kampung. ( betul )
Hukum D-M yang betul, pisang goreng sebab yang diterang ialah pisang dan yang menerang
ialah goreng
4. Kedua-dua pengantin itu sama padan bagai pinang dibelah dua. ( salah )
Kedua-dua orang pengantin itu sama padan bagai pinang dibelah
dua. ( betul )
Kata bilangan ' kedua-dua ' di dalam ayat mesti diiringi dengan penjodoh bilangan yang sesuai
iaitu ' orang'
5. Ibu Balqis adalah seorang doktor yang bertugas di Hospital Tuanku
Bainun.( salah)
Ibu Balqis ialah seorang doktor yang bertugas di Hospital Tuanku
Bainun. ( betul )
'ialah' - Kata pemeri yang menghubungkan benda ( subjek) dengan cerita (predikat) dalam ayat.
Subscribe to:
Posts (Atom)